Wednesday, May 22, 2013

#why?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hidup manusia, penuh dengan persoalan kenapa.

Orang Islam akan memahami perkara ini dengan kata nama 'qada dan qadr'.

Dan ramai umat Islam sukar untuk menerima konsep ini. Yang mana mungkin bermakna, mereka tidak memahami 'kenapa' dalam kehidupan.

Islam tidak melarang untuk umatnya berfikiran kritis. Namun segala pemikiran kritis itu perlu berpaksi kerana Allah. Itu untuk point pertama. Konsep Ilah (ketuhanan). Ia sangat berbeza dengan konsep Ilah agama-agama lain.

Dan umat Islam mengucap syahadah, mereka perlu menyedari yang mereka secara total telah mengabdikan diri kepada Allah. Ini point kedua. Konsep hamba.

Dan secara mudah, seorang hamba itu tidak memiliki apa-apa. sifar. kosong. nothing.
Hatta memiliki diri mereka sendiri! (sungguh looser sebenarnya manusia ni)
Maka dengan sifat Allah yang Maha Lembut, Pemurah lagi Penyayang; ia memberi kebebasan kepada manusia. Itu point ketiga. Akal.

Akal manusia itu sebenarnya double-edge sword. Ia mampu menusuk lawan, mahupun diri sendiri jika disalah guna. Maka penting untuk setiap umat Islam menguasai konsep-konsep sebelum ini sebelum menggunakan akal.

Penggunaan akal bagi seorang hamba adalah terpandu. Yakni, mereka faham kenapa mereka berfikir untuk sesuatu perkara, dan mereka sudah punya matlamat akhir akan apa mereka fikirkan (starting from the end of mind). Apa matlamat akhir akan perkara yang mereka fikirkan? Ia adalah semata-mata untuk yang Maha Esa. Ahad. There is no second after Him.

Wahai yang menulis tinta ini. Cukuplah dalam menyenakkan akal mu. Pandulah ia sehemat mungkin. Paksikan ia kepada Yang Maha Satu. InsyaAllah, semoga kita bebas dari kesempitan dunia, kepada keluasan dunia-akhirat.


Allahu a'lam

No comments: