Sunday, May 19, 2013

#dream

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Cita-cita itu hak milik persendirian.
Ia antara matlamat agung, yang kalis peluru (bullet proof), yang tidak mungkin musnah.
Jangan sandarkan cita-cita anda kepada orang lain.
Jangan salahkan orang lain jika tidak dicapai cita-cita kita.
Kerana mereka tidak berminat akan cita-cita anda.
Kerana mereka sendiri punya cita-cita.
Kita! Kita yang bertanggungjawab untuk merealisasikan cita-cita kita.

Dewasa ini, masyarakat sudah tidak punya cita-cita.
Jika ada, cita-cita itu hanya suatu angan-angan kosong.
Kini, sudah tidak bisa kita bezakan manusia atau komputer.
Masyarakat cyborg.
Mereka dipaksa bercita-citakan apa yang ibu bapa mereka rasa.
Mereka dipaksa bercita-citakan apa yang sekeliling mereka rasa.
Dan ibu bapa mereka, hanyalah acuan kehidupan masyarakat.
Jika korup masyarakat itu, korup la hidup anda.

saya? saya berharap cita-cita saya murni. segalanya untuk Islam. kemuncaknya untuk Allah.
namun saya 'declare' di sini, saya akan memutuskan segala cita-cita saya, dengan keluarga saya. dan mereka yang tidak bertanggungjawab disekeliling saya.

MERDEKA!

Allahu a'lam

No comments: