Wednesday, May 29, 2013

#tabligh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah
Allahu akbar, Allah yang Maha Besar
Segala pujian, hanya untukMu

Hijjaz, Zapin Kesyukuran

Harini, Allah pertemukan saya dengan kumpulan tabligh dari Malaysia.
Dan Maha Suci Allah (terasa nak nangis), seakan merasakan hati yang haus diberi tegukan air yang sejuk lagi menyegarkan.
Haih, sesungguhnya hambaMu ini cukup rindu dengan suasana sedemikian.

Pakcik super mangat

Ketika sedang menjamu selera bersama, pakcik Hasyim duduk disebelah saya.
Dan dia berjaya membuatkan saya rasa terpegun dan malu.
Saya, yang sudah selesai makan..siap bertambah; dan dia... sibuk mengajak saya sama-sama berfikir tentang kerja dakwah. Tazkiyyatun Nafs.
Dia bercakap perkara yang sangat mudah difahami, dan sangat basic. Dan saya suka akan itu.
Dia bercakap dan terus bercakap. Sedangkan nasi di tangan dah lebih seminit dua dihentikan dari memasuki mulut, semata-mata ingin menyampaikan kefahaman yang dia ada. Allahu rabbi. Terasa diri level sampah bila dibandingkan dengan dia.
Dan nak balik..namun dia masih lagi nak bercakap berkenaan agama.
Betapa bila manusia itu cinta pada Rabb-nya, maka segala aktivitnya mengarah kepada kekasihNya.

Malu.

KMB

Well, saya menggelar kolej persediaan saya sebagai Azkaban.
Manifestasi kebencian yang amat sangat.
Hari terakhir keluar kolej, memang tip top packing super duper pantas tanpa menghiraukan orang disekeliling.
NAK BALIK. BERAMBUS.
But now, bila muhasabah balik, kebencian saya kepada KMB untuk beberapa perkara menghalang saya mensyukuri dan menggambil kebaikan yang wujud ketika mana saya belajar disitu.
KMB dikelilingi persekitaran yang cukup baik. Sahabat yang baik (wafi wamzah..abe mat..etc). Jauh dari distraction dunia. Aktiviti yang baik. Jemaah yang sihat (tabligh..Isma..etc).
Sejujurnya saya berasa cukup hairan dengan Jemaah tabligh. Hairan, tapi  kagum.
Hairan kerana penampilan dan aktiviti mereka..tetapi kagum dengan semangat dan hati mereka.
Pernah suatu hari, abg naqib usrah Isma saya seakan memandang enteng tabligh. Saya diam, tapi dalam hati saya menentang pendapatnya.

Siapa yang pagi2 bangun awal, tolong ketuk pintu setiap bilik..tolong azan? - budak tabligh
Siapa yang petang2 ingatkan manusia untuk kembali kpd Allah? - budak tabligh
Siapa paling murah dengan salam? - budak tabligh
Siapa paling murah dengan senyuman? - budak tabligh
Siapa yang paling ramah? - budak tabligh

Memang wujud kritikan, namun ia tidak menyebabkan tabligh perlu dipandang hina.

Sekolah asrama mengajar saya akan apa itu nakal, berdiri sendiri dan agama.
Kolej persediaan mengajar saya untuk buat perkara yang kamu tak suka, dan juga agama.
Universiti mengajar saya untuk menjadi multi-tasking human, dan 'berseorangan' walaupun dikhalayak ramai.

Ntah la..banyak nak cakap sebenarnya. Tapi cukup la kut dengan apa yang ditulis ni. Dapat meluahkan sedikit rasa hati selepas berjumpa persekitaran yang soleh.

Allahu a'lam

No comments: