Monday, January 14, 2013

Selamat harijadi emak! :D

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hari ini saya inging bercakap mengenai emak saya.

Emak saya bernama Mariam binti Mohd. Sedikit sejarah mengenai nama emak saya, moyang saya (jika tidak salah) adalah orang yang bertanggungjawab dalam memberi nama emak saya. Emak saya (anak kedua dalam keluarga dan anak perempuan tunggal dalam keluarga) dan arwah pak long saya diberi nama berdasarkan nama surah dalam al-Quran. Allahyarham pak long bernama Taha (surah tho-ha) dan emak Mariam (Maryam).

Saya sangat kagum dengan emak saya. Walaupun kerap berbeza ijtihad (ewah~ mana tupahnya kuah kalau tidak ke nasi..keras kepala :-p ), namun saya tidak mengharapkan seorang ibu yang lain selain emak. Menurut nenek (setelah bertapa lebih kurang seminggu dengan nenek raya lepas di kampung), emak adalah seorang yang sangat berwawasan. Apa yang dia nak, dia akan usahakan sebaik mungkin untuk mencapainya. Emak pantang dapat markah bawah A dalam exam (itulah sebabnya saya cuak nak kasi tahu result exam dekat emak kecik-kecik dulu...hurm..sampai besar pun sebenarnya..hehe). Dia akan mengadu dekat nenek dan atok kalau result tak perform. Ini juga menimbulkan masalah kepada pakcik-pakcik saya kerana cikgu disekolah selalu membandingkan pencapaian mereka dengan emak (well..same goes with me..selalu kena compare dengan akak-akak. Really, its su*ks). Emak juga ahli sukan. 2,3 almari penuh dengan medal sukan. Balapan, pelbagai jenis lompat, etc. Dan emak seorang yang hebat dalam hoki. Pernah mewakili universiti di peringkat antarabangsa. Maka saya pun cuba nak ikut (lah konon) jejak langkah emak. Dulu, ketika foundation, try main hoki. Bapek la susah jang oi. Sakit belakang. Tu belum cerita bab kena bola hoki yg keras tak ingat. Disebabkan obsesi bermain hoki, emak punya luka berjahit di kepala kerana terhentak dengan kayu hoki. Sometimes, saya main hoki tu just nak dapat pujian mak je..tetapi gagal. heh..~

Emak seorang yang sangat hardworking. Dia bekerja pada siang hari (pergi sebelum jam 7 untuk elak jam KL dan balik lewat petang) dan mengurus rumah di luar waktu kerja. Fuuuuhh..serius..she is an iron lady. Bapa saya punya pantang ..Makanan perlu dimasak oleh emak, by hook or by crook. Takde aci makan luar. Orang gaji tak leh masak (kalau masak, bapak tanak makan). Baju pun kalau boleh nak mak basuh, mak gosok. Mak mengadu penat, tetapi dia taat. Dan kami adik beradik memang di bawah pemantauan rapi dalam bidang akademik oleh emak. Haish, saya sangat benci dipantau emak. Emak garang dan tegas. Sewaktu kecil dahulu, hujung minggu pagi no TV (walhal time tu la kartun best..! selalu mengharap mak kena pergi kerja time tu). Baca buku BI sebelah emak (buku BM boleh baca sorang-sorang..siap ada pertandingan lumba baca dengan abang..upah satu buku lima posen). Lepastu, bab belajar mengaji. Saya sedikit gemuruh kalau berdepan dengan orang yang garang. So mak ni jenis perfectionist sikit. Sakit la kena cubit baca Quran dengan dia. Menangis tu kira normal la. Sampai satu tahap, pasal dah tak tahan, panggil bapak duduk sebelah mak masa belajar mengaji. Lepastu bisik dekat bapak, 'Mak ni macam serigala berantai..kalau ada bapak dia tak garang', :-p punya la nakal budak bertuah sorang ni.  Sampai sekarang kena usik dengan bapak pasal serigala berantai. Adoyai.

Garang-garang mak, dia sangat penyayang. Mungkin kadangkala saya kurang faham dengan tindakannya yang tegas memanjang (mungkin kerana suasana pembesarannya ketika kecil), namun dia sedaya upaya menguruskan kami dengan baik. Memandangkan ayah jenis anti-makan-luar, maka emak akan selalu masak dirumah, dan ayah ni 'pakar' dalam bab complain. Kesannya, masakan mak memang supreme. (ok, dah start terliur). Emak juga sentiasa berikan terbaik untuk kami. Kami adik beradik kalau ke asrama, akan dibekalkan dengan air doa dan yasin hand-made emak! (bapak panggil tu air jampi..haha) Walaupun saya muak dengan air kosong.. Namun effort emak dengan berbotol-botol dibekalkannya kepada kami memang jika nak difikirkan sangat la 'bergaya'. Kalau air botol 'jampi' boleh dibuat, semestinya doa-doanya juga kerap dilakukan. Jazakillahu khayr ummi atas doamu yang tidak putus-putus.

Hurm. Banyak lagi cerita berkenaan emak saya untuk saya kongsi. Bukanlah untuk menanyangkan sangat kisah hidup saya pada semua orang. Namun dengan mencoret ini, terasa kecil sangat usaha saya untuk membalas jasa emak dan menghargainya. Selamat hari jadi emak. Anakmu jauh dinegara orang hanya dapat mendoakan yang terbaik untukmu. Ya Allah, kau lindungilah ibuku dari segala mehnah dunia dan kurniakanlah ganjaran tertinggi di dunia yang kekal abadi kelak.



Allahu a'lam.


ketika along kawen :)

No comments: