Wednesday, July 11, 2012

Terfikir..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya punya kawan bernama Hilal Asyraf di facebook.

Ala, yg popular tu XD

Dan Sabtu lepas, dia telah diijab kabulkan dengan pasangan hidupnya. Moga Allah berkati mereka berdua...

Dan bermula dari waktu itu (dan sebenarnya, sebelum nikah pun mcm dah start kut), keluar status update yang penuh bunga-bunga..

Barangkali, ada yang terfikir, 'eleh, mamat ni dengki ke dgn Hilal Asyraf..sebok je, pi block la kalau tanak baca status tu..'

InsyaAllah, tak dengki pun. Happy je. Kawan dapat rahmat, takkan tak happy kut.

Namun, cuma terdetik secara tiba-tiba ...

Ye lah, kahwin ni bukan perkara yg mudah untuk dicapai, apatah lagi untuk disempurnakan (kehidupan selepas kahwin).

Saya punya ramai kawan yg tersangkut dlm bab untuk capai perkara tersebut. Sebenarnya, diri sendiri pun.

Dan seringkali dengar kawan kongsi rasa hati mereka, sedih kerana nak buat benda baik di zaman fitnah ni mmg penuh kepayahan. Ada je ujian.

Rasanya, status-status Hilal ni, kalau dibaca geng 'kempunan' ni, boleh calar balar hati.

Perkara yang hampir sama.. mimik.. seperti mana seseorang itu pass exam, balik tanah air menikmati cuti dengan penuh kegembiraan.

Barangkali rasa tidak sensitif itu tiada, maka kadang kala ayat-ayat yg boleh menimbulkan iri hati pun terpapang lah di status update..(haa, tu lah, sape suruh active main fb XD)

Ntah la.. taktau nak classify problem ni mcm mana. Cuma pd pandangan peribadi, elok lagi la berdiam diri. Bak kata hikmah dalam anime yg sy baca..

'Silence is gold.. speech is silver'

Allahu a'lam

ps: tp serius, insyaAllah sy tak kisah pun status2 fb ni. just putting myself in other people's shoes.

2 comments:

Hilal Asyraf said...

kadangkala pada saya,
manusia suka membesar-besarkan benda yang kecil.

Seakan-akan status sedemikian akan wujud untuk 10 tahun lagi.

Manusia tidak memahami suasana, keadaan. Dan sibuk hendakkan orang menulis status sebagaimana yang dia mahu. Sedangkan dia terlupa, itu bukan Facebook dia.

Pelikkan manusia?

Benda macam ini pun nak dijadikan masalah sampai calar balar hati.

Zaman sekarang nyata zaman yang manusia-manusianya tidak punya disiplin yang tinggi.

pendamba_cinta said...

Maha Suci Allah. serius terkejut akhi Hilal baca blog 'kanak-kanak riang' ni. (terharu kejap)

Alhamdulillah, jazakallahu khayran katheera atas pandangan Hilal. saya takde niat nak mempertikaikan hak Hilal. Ia hanya sekadar pandangan. :)

Dan jazakallahu khayran katheera kepada Hilal dan team LangitIlahi atas usaha menyuburkan bumi Allah dengan ruh Islam.

Uhibbukafillah, Hilal! :D