Sunday, April 15, 2012

FB

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. (al-Fatiha; 1)

Bebas :-) perasaan yang lahir selepas de-activate facebook.
Bersetuju dengan kata-kata Ustaz Hasrizal, perlu kenal pasti ketagihan facebook, dan berani mengambil langkah untuk berubah.
Selama ini, facebook merupakan nadi sehari-hari. Mana taknya, bangun pagi tengok fb. Stress study tengok fb (lagi.). Tak stress study pun tengok fb. Sememangnya fb-centric. Lain orang, lain daya 'tolerent' mereka kepada medium social ini. Cuma diri ini, pengguna sejak 2008, baru sedar yang fb ini lebih mudharat dari baik kepada dirinya.

Panjang jika nak debat isu kepentingan vs keburukan fb ini.
Cuma suka diingatkan, Allah akan suruh kita bertanggungjawab dgn setiap yang kita lakukan.
Fb merupakan satu lapangan yg unik lagi kreatif, memberi kebebasan kpd penggunanyan untuk melakukan bermacam perkara. Ia seakan dunia baru, yang kadang-kadang kita fikir (barangkali), munkar dan nakir tak 'cover' dlm job description mereka.

Sejujurnya, fb saya ditutup bukan atas hujah-hujah di atas. Saya tutup kerana merasakan tekanan melampau dlm meneruskan kehidupan multi-amanah. Dan alhamdulillah, hikmahnya cukup best. Alhamdulillah.

Ok lah, cukup la merepek. Tanggungjawab itu lebih dari masa, bukan?

Allahu a'lam

2 comments:

sufiyyah zulkifli said...

FB kehilangan sorang pengguna. ha3.

tp, at least, katalah ada hal, fb ni xpayah create new account. ^_^

pendamba_cinta said...

haha, kuang asam :)