Sunday, April 15, 2012

memilih

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Dalam memilih jalan dakwah, perlu ada 4 ciri:

1) Rabbaniyyah
2) Syumuliah
3) Alamiyah
4) Inqilabiyyah

Pilihlah jalan dakwah kerana prinsip (which is mencari redha Allah, yg terbaik utk Islam), bukan atas kesian, kawan, emosi, nafsu dan apa jua perkara selainnya. Kerana jalan juang ini bukan 'red carpet', terlalu banyak mehnah dan tribulasi, dan ujian emosi yg bakal dilalui sangat hebat. Maka di saat syaitan membujuk rayu untuk gugur dari jalan yg benar ini, anda perlu kembali kpd reason awal dlm menyertai jalan dakwah. Jika disertainya jalan dakwah itu selain daripada prinsip yg jelas seperti yg dinyatakan di atas, kebarangkalian untuk tumpas dan menyerah sangat tinggi.

Memilih jalan dakwah juga tidak seharusnya kerana ikut yang mana best, kerana yg paling best semestinya yang senang-senang saja. Jika ditadabbur kisah sirah dlm Quran, jalan dakwah para anbiya' sememangnya kaya dengan ujian. Ambil saja surah Nuh, tadabbur... ia berkenaan rintihan seorang nabi yang Allah nukilkan dalam surah 30 ayat ini. Tidak lah bermaksud dakwah itu perlu susah sahaja, cuma mind set 'best' itu perlu diubah. Agak bertentangan dengan logik akal, yg mana untuk mendapatkan barang yang terbaik, kita perlu memilih yg murah. Adakah Allah menjanjikan syurgaNya dengan nilai yang murah?

Namun, apa yg penting, sehebat mana akal manusia dlm membuat keputusan, ilham Allah lah yang terbaik. Maka dalam memilih itu, berdoalah. Solat istikharah lah. Semoga dipandu ke arah kebenaran

Allahu a'lam

ps: lagu nada murni sunnah berjuang di youtube (version terbaik) dah kena remove lah. haih...

No comments: