Friday, January 27, 2012

medan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Orang selalu sebut, medan jihad dakwah sebenar adalah di Malaysia.

Aku tidak setuju.

Bumi Allah ini medan jihad kita. Mana-mana pun kita berjihad. Barangkali kerana melihat jihad di Malaysia lebih sukar, maka ia di label lebih benar.

Tidak !!!

Di mana-mana ceruk atas alam Allah ini, kita punya tugas. Yang sememangnya berbeza.

Sebagai contoh, di kawasan ini, umat Islamnya minoriti.
Jurang bahasa menjadi musuh utama, menidakkan perkembangan ukhwah dikalangan sesama muslim berlainan negara. Sememangnya seakan 'enak' jika melihat konteks Islam sesama Melayu. Hakikatnya jauh menyedihkan jika kita liputkan Islam kpd masyarakat Islam di kawasan tersebut. Ramai di antara mereka berjuang utk sesuap nasi. Tidak dikira lagi, ramai yg masih belum faham Islam yg menurut acuan al-Quran dan As-sunnah.

Jika mahu dilihat dari konteks yg lebih hebat, masyarakat non-muslim itu adalah madu'. Tanggungjawab kita (muslim). Cuma pelbagai keterbatasan menidakkan keinginan. Namun belum melepaskan kita dari tanggungjawab itu.

Nah, benar tak benar medan jihad di luar negara?

Allahu a'lam

2 comments:

sufiyyah zulkifli said...

ak rse, medan sbnr di malaysia tu as in tempat yg org2 sberang benua mana2 tu akan kembali dan menetap. :D konteksnya jadi berbeza lah dgn sana... ada pro cons semualah. :D

pendamba_cinta said...

ya, barangkali. jika orang itu hanya ingin melihat Malaysia sahaja medan dia berjuang :)