Saturday, February 6, 2010

5.08 pm - 6 Feb 2010 - seorang

salam wrbt.

semalam, roomate saya, balik Malaysia. meninggalkan roomate dia yg seorang ini keseorangan :)
saya rindu dia? belum lagi rasanya :) tapi insyaAllah saya akan rindu dia :D
setakat ini, saya rasa cukup bersyukur, merasai nikmat bilik seorang (sila jangan meletakkan perspektif negatif)
mungkin sudah lama duduk berdua, maka tika diberi peluang duduk seorang, ia memberi sedikit kelebihan. terungkai sedikit rasa tanggungjawab untuk menjaga hak-hak seorang roomate. semestinya, kalau ada roomate, kita perlu jaga haknya. kurangkan bising. jaga kebersihan. jaga adab. dll.
tetapi dengan kekosongan yg wujud ini, suka saya untuk menasihati diri saya untuk tidak terlalu mabuk dgn keringanan yg wujud. sesungguhnya saya masih tergolong dalam insan yg sering alpa. sering melakukan kesilapan. over-sleep. over malas. etc. dan tidak lupa juga, mungkin sebelum ini, roomate jaga ibadah kita. jangan ingat tanpa roomate, kita boleh 'menyorok'. boleh ponteng. boleh lalai.

JANGAN!

sesungguhnya Allah Maha Melihat.
saya pernah terdengar satu perkara yang baik. saya kurang ingat akan status perkara, sama ada ia hadis, kata-kata ulama' ataupun sebagainya.
ia menyatakan, sesungguhnya, dalam melihat keikhlasan seseorang itu dalam kehidupannya, lihatlah ketika dia keseorangan.
mungkin tika ramai orang, dia menjadi imam. bacaan mmg mantap! dengan lenggok lagu. dgn panjang surah. tapi sorang-sorang. melebihi had laju!
mungkin tika depan sahabat, begitu menjaga, elakkan membazir. tidak pada itu dan ini. bila sorang-sorang, jangankan C&A, segala store di sepanjang street/square tu habis di'tawaf'nya!

JANGAN!

semoga kita tidak tergolong dikalangan mereka sedemikian.
kerana sesungguhnya itu adalah salah satu ciri munafik. tidak benar dlm perlakuan. menyembunyikan kebatilan. tapi, janganlah kita mengambil pemikiran ini, dan berhujah di atasnya untuk tidak melakukan perkara kebaikan.

'ah..aku tanak berpura-pura..inilah aku!'

JANGAN!

manusia itu tidak sempurna. insan. lemah.
tapi kita jangan jadi sentiasa lemah.
kita kena berubah. hijrah.
hijrah yg konsisten. berdekit-dekit.
mungkin terlencong dari landasan kebenaran. maka kita luruskan kembali
cuma, jangan menjadikan sifat berpura-pura itu darah daging kita.
jangan malu untuk berubah. manusia tidak pernah sempurna. tetapi manusia yg baik itu menuju ke arah kesempurnaan.

wallah hu 'alam

1 comment:

(^_^)V said...

betol2,jaga la hak rumate kamu tu ya =)
kalo boleh,jangan guna barang dia tanpa kebenaran,mintak izin dulu....mungkin dia x kisah,tapi sebaiknya,amalkan amalan b'tnya ni..semoga kamu dirahmati Allah selalu...
jaga solat,since ada sorang2 ni,syaitan pun senang nak kacau kamu kan. jaga hati sentiasa ya kawan (^_^)V