Sunday, February 28, 2010

28 Feb 2010 - 7.32 pm - semangat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

alhamdulillah..

alhamdulillah..

alhamdulillah..

segala puji buatMu ya Rabb, kerana hingga kini hambaMu ini masih mampu hidup normal, dan mengingatiMu.

agak lama tak update blog ini dengan baik. peperiksaan, tugasan itu dan ini, sakit yg agak 'kritikal', dan pelbagai ragam kehidupan mencorak kehidupan sang penulis akhir-akhir ini. alhamdulillah

harini, terasa ingin menulis, maka berbekal takdir Allah itu yg yg dijelmakan sebagai semangat, maka akal diperah untuk memikirkan tajuk, dan tajuk SEMANGAT pun terhasil. tajuk yang cukup general, boleh dilihat dari 1001 aspek. dan aspek yg ingin saya karang hari ini adalah berkenaan dengan semangat untuk istiqamah dijalanNya.

perlu ke semangat2 ni?

mari kita tanya kpd diri kita, apakah ada semangat dalam diri kita, dalam menganut agama Islam ini? bagi saya, kita seharusnya ada. semangat itu datang berpunca target yg ingin kita capai. kita ingin keredhaanNya. kita ingin keampunanNya. kita ingin syugaNya. kita ingin..kita ingin..

maka, dengan keinginan-keinginan ini, semangat timbul. dan pentingnya semangat ini, adalah sebagai salah satu mekanisma 'driving force' untuk mencapai target. mungkin kita boleh sentuh satu contoh yg lebih remaja. kita ambil cinta. target: wanita/lelaki yg 'perfect'. maka semangat itu datang. semangat nak 'usha' awek cun, lelaki hensem, etc. semangat nak pakai lawa-lawa, dandan itu ini, makeup sane sini. semangat nak control makan..etc (terlalu byk untuk ditulis). agak-agak, kalian faham ke? x)

berbalik kpd perbincangan asal. semangat dalam penganut agama Islam. saban hari kita melihat kemusnahan masyarakat. masyarakat makin hanyut. sumbat bayi dalam jamban. dera kanak-kanak sampai mati. zina sana sini. ETC ETC ETC. terlalu banyak. terlalu ngeri untuk difikirkan. alhamdulillah bagi mereka yang masih mampu menjaga iman mereka. teruskan jihad anda. namun, realiti umat Islam hari ini cukup merisaukan. sikap 'bersyukur dengan apa yg ada' disalah gunakan. mereka selesa dengan posisi iman mereka. '...lantak pi hang la, aku ok je, hang pa pi pikiaq hang pa punya dosa laa...' nauzubillah

kawan-kawan sekalian,
antara punca kenapa manusia terlalu selesa dgn kedudukan mereka, kerana hidup mereka tanpa target. atau mungkin target mereka tak mencapai standard. target yg terlalu rendah. terlalu lemah. dengan ini, maka semangat dalam beragama itu ala kadar sajalah. time solat, ape kesah nak rasa khusyuk lagi tawadu'k. baca memang sepantas kilat. kalah pak arab baca al-fatihah satu napas. di bole berhenti 7 kali, yet, still lagi laju dari pak arab tu. apa yang dikejar pun tak tahu. tajwid ntah la. bunyi bacaan pun main langgar suke hati. asal nak dekat same tu kire lepas la. belum tanya erti setiap bacaan tu lagi. astaghfirullah hal azim. (sesungguhnya yang menulis ini masih terkial-kial lagi dalam perkara-perkara ini*) ini adalah salah satu contoh yg cukup biasa.

cukup biasa.

dan ada banyaaaaaaaak lagi masalah-masalah.

pada pandangan peribadi saya, inilah gambaran hidup seorang muslim, yang tak ada target, yg melahirkan ibadah yang tidak berkualiti, tidak bersemangat. kita ambil contoh, sahabat terdekat Rasulullah, Saidina Abu Bakar As- Siddiq. seorang yang cukup menjaga kehidupannya. sangat teliti dalam mengikut sunnah kekasih Allah. sebolehnya, nak tiru semua. adakah kita mampu seperti dia? sememangnya tak boleh, kerna zaman berbeza. namun adakah kita pernah mencuba untuk menjejaki sunnah-sunnah Rasulullah?

lepas ni, diharap kita duduk sebentar. kejap je.
kita sama-sama fikir.
betul ke aku ni nak masuk syurga?
betul ke aku ni nak redha Allah?
betul ke aku ni mengharap keampunan Allah?

dan kita compare dengan jadual hidup seharian kita.
kita semak ibadah-ibadah kita.

agak-agak, parallel tak dengan target kita?
agak-agak, adakah semangat kita seorang muslim ini, untuk terus berada di jalan Allah, berada dilandasan betul?
agak-agak...?(retoris)

renung-renungkan

wallah hu alam


1 comment:

timkid said...

urm..kali ni,mcm lain skit ya gaya ko tulih...mcm bukan 'ko',he3...
n honestly,aku suka gaya terbaru ni,bagi aku,byk kupasan.....
smpena aku yg nak amik exam gak ni,pengajran jugak la blog ko kali ni..
kna tetapkan target kan!!

psl post kali ni,aku rsa,kalo ko bleh kupaskan mksud as-siddiq yg ada kat saidina abu bakar..urm,camni2,apa relation yg ketara nampak psl semangat dia nak bwk n pelihara islam??so,nampak jelas semnagat yg saidina abu bakar nak bwk tu,kan2...<>

n tq,sbb ingtkan,psl ibadah...exam ni,x semestinya kita lupa Allah & x semestinya,kita ingt Allah time nak test sja...hu3

p/s: haaa...kna ke sentuh psl bab jaga mkn,hu3...[terasa2]