Thursday, February 4, 2010

11.41 pm - 4 Feb 2010 - ciri-ciri wanita...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua :)

lebih kurang 30 minit yang lepas, saya 'blog walking', dan alhamdulillah, saya terjumpa mengenai satu artikel yg saya rasa cukup baik untuk dibaca dan dikongsi bersama. seperti title post ini, artikel ini membicarakan mengenai ciri-ciri wanita Islam. tiada apa yg ingin saya perbaiki mengenai artikel tersebut kerana tulisannya sudah cukup baik. namun, suka saya untuk mengingatkan diri, akan bahawa ciri-ciri ini tidak sahaja valid untuk kaum hawa, tetapi juga untuk kaum Adam; mungkin pada sesetengah perkara, kita boleh lihat dari perspektif yg berbeza dan sediki tokok tambahnya, insyaAllah.

1)
Salimul Aqidah, Bersih Aqidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.

2) Sahihul Ibadah, Benar Ibadahnya menurut Al-Quran dan As-Sunnah serta terhindar dari segala bid'ah yang dapat menyesatkannya.

3) Matinul Khuluq, Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat menyakinkan semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatun Lil-Alamin).

4) Qawiyul Jismi, Kuat Fizikalnya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/anugerah dari Allah SWT.

5) Musaqatul Fikri, Luas Wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menerima pelbagai informasi serta perkembangan yang terjadi di sekitarnya.

6) Qadirun 'alal Kasbi, Mampu Berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.

7) Muhajidun linafsihi, Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seorang yang dapat meningkatkan setiap kesempatan ataupun kejadian hingga menimbulkan kebaikan pada dirinya ataupun orang lain.

8) Harisun 'ala waqtihi, Kecekapan dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya seorang yang pantang membuang waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetik pun. kerana waktu yang kita lalui sepanjang hidup ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.

9) Munazham Fi Syu'unihi, Teratur dalam urusannya hingga menjadikan kehidupannya sempurna dalam segala hal yang menjadi tanggungjawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan cara yang baik.

10) Nafi'un Li Gharihi, Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seorang yang bermanfaat dan diperlukan. Kewujudannya akan menjadi kebahagiaan bagi orang lain dan ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.

link source

p/s:jaga diri, jaga iman ye kawan2

10 comments:

timkid said...

wa...ini sgt susah nak dicapai
tahap khadijah,siti aisyah...uish3
insyaAllah,boleh dicuba ni

Anonymous said...

bismillahirrahmanirrahim..

blh tau dr mne tuan artikel dpt ciri2 ni?

sumbernye hadith @ kitab2 agama @ pndpt beliau sndri?(if beliau ad statekan)

syukran

wallahua'lam

shinichi said...

tok

ko jumpa ni dari blog mane?

pendamba_cinta said...

aaa..maaf ye. sy memang patut letakkan source blog nya..

http://syauqahwardah1209.blogspot.com/

pendamba_cinta said...

err..da letak linknya..
tp mcm terbesar la pulak.

p/s: maaf ye, tak de niat (jika ad yg terase)

shinichi said...

hmm xpernah dgr ke mende ni sblum baca blog tu? asal penulis kat blog tu tulis ciri2 wanita muslim?? xley nk besarkan skop ke

pendamba_cinta said...

mungkin intention penulisnya hanya kpd wanita, kerana ramai kawan-kawan dia adalah wanita, ataupun sumber yg penulisnya dpt pun state gitu. huhu, jgn diributkan akan tajuknya, tetapi pandangannya yg baik, insyaAllah bermanfaat kpd semua, kan?

p/s: selalunya benda-benda sebegini (eg: ciri2 individu cemerlang etc) mostly dtg dripada pendapat para ilmuwan, bersandarkan contoh-contoh individu baik yg turut memiliki ciri sebegitu. sebagai contoh: musawafat tarbiyah oleh imam hassan al-banna. (pandangan pemilik blog)

Anonymous said...

bismillahirrahmanirrahim..

wondered ttg sumber artikel ni,
psl mule2 bce rse ciri2 yg dlistkn t'lalu prfect,utk org yg biase2 je..
xkn if we miss one of d characters,kite bkn wnita islam?
but then bc blk ayat beliau, tjuannye spy kite lbh b'motivasi & as a guide to be a true muslimah..

so,true enough..

wallahua'lam

(^_^)V said...

post kali ni,agak 'berat' pada pandangan saya. mmg,x dinafikan,ciri2 yg kamu sebutkan,mmg patut ada utk setiap wanita,tpi susah nak diaplikasikan (for me la...)

n mmg,kalo bleh,ada hadis ke..senang skit nak refer..

slamat b'mujahadah dgn blog kamu ya...progress yg smkin baik...
cuma kamu,generalise kan ia ya...betul jugak ridhuan tu,kalo boleh,luaskan skop....

pendamba_cinta said...

maaf, jika post kali ini agak kontroversi. cumanya, pada pendapat saya, ia tidak lebih dari satu list muhasabah diri. sukar, mmg sukar, kerana syurga itu ganjarannya.

insyaAllah, kita sama-sama ke arah itu :)