Thursday, March 1, 2012

sabar wahai hati

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Things (Problems) that don't kill you, makes you stronger ...

sedikit ilmu yang ingin dikongsi. (selain mengesa kawan-kawan untuk bersabar seperti di tajuk dan ayat di atas)

mengenai... apa seharusnya kita lakukan usai solat subuh...

1) zikrullah banyak. Allahu Allah, bangun-bangun pagi, rasa segar. Itu nikmat. bangun-bangun pagi, rasa damai, lapang. Itu juga nikmat. Maka, nikmat Allah yang manakah ingin kita dustakan?

2) muhasabah diri. selalunya dengar, kita muhasabah diri sebelum tidur, kan? haa, saya fikir, muhasabah diri selepas bangun baik untuk set target dalam melakukan pekerjaan untuk sehari suntuk, dan untuk menjadikan ia lebih baik dari semalam. barangkali, kita semua tahu apa konteks yang ingin disampaikan dalam hadis pertama dalam himpunan hadis 40 Imam Nawawi :-)

3) doa. Dalam hidup ini, saya fikir, perkara paling penting adalah untuk mendapat keberkatan. Barangkali, kita baca buku, kita tahu. Tapi belum tentu berkat. Berkat ini, milik Allah. Berkat ini, adalah yang memberi kita bonus point dalam melayari hidup sebagai seorang muslim, dan juga menunjukkan 'kejayaan' amalan kita di sisi Allah. Maka berdoalah memohon keberkatan untuk sepanjang hari itu. Dan juga, doalah untuk perkara-perkara lain

4) baca Quran. Quran itu, adalah buku panduan hidup. Selaklah ia selalu. Bukan sekadar selak, tapi baca dan hayati. Dalam memandu, kebarangkalian untuk sesat tinggi. Haa, kalau tanak sesat, baca la Quran. Saya seru diri saya dan rakan-rakan, tingkatkanlah kebergantungan kita kepada al-Quran. Ia bukan sekadar coretan kosong biasa. Ia memacu kita menjadi muslim yang diredhaiNya.

Allahu a'lam, maaf atas kedhaifan yg ada. moga bermanfaat. :-)


No comments: