Saturday, March 3, 2012

3 Mac (1924 - 2012)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Allahu Allah ...
Sayu rasa hati, mengingatkan kembali sejarah gemilang Islam ...
Ditambah pilu lagi akan kondisi umat Islam hari ini ...
Aku tidak kenal apa itu khalifah, dari segi pengalaman mahu penglihatan ...
Cintaku kepada sistem khalifah hanyalah terbentuk dari pembacaan, dan diskusi-diskusi ...

Sistem khulafa' adalah satu sistem yang menyatukan kekuatan umat Islam ...
Agama Islam menganjurkan agar dalam bermasyarakat, perlu dilantik seorang ketua ...
Maka dalam politik kenegaraan (daulah), Khalifah merupakan ketuanya ...
Khalifah berperanan mengawal tadbir negara dengan acuan keadilan yg berteraskan al-Quran dan Sunnah ...
Ia menjaga hak setiap individu, baik muslim mahupun bukan muslim ...
Tapi bagiku yang penting, sistem ini berperanan meletakkan Islam sebagai tunjang segala perkara ...
Islam itu cara hidup, tidak terkecuali politik dan pentadbiran (governance) ...

Mutakhir ini, masyarakat sekeliling aku (termasuk diriku sendiri), dihinggapi pelbagai jenis penyakit dunia ...
Penyakit secara physical, mental dan spiritual ...
Jika dibungkah permasalahan ini satu persatu, kesemuanya memandu ke arah kembali kepada agama ...
Khalifah itu bukan ku cinta kerana mengikut arus perdana, ikut kawan, orang, ataupun ustaz ustazah ...
Aku pilih sistem Khalifah kerana disitu Islam akan kembali ditempat asalnya...

Syria, Palestin, Kosovo, Bosnia, Kashmir, Selatan Thai, Selatan Filipina, Iraq, Somalia, ... (ini yang kritikal)

Nah, itu baru sebahagian 'list' negara saudara se-akidah kita ... Yang selalu diulang dan diputar oleh media massa,
Aku penat merasa 'sedih' tanpa perubahan. Aku takut aku jemu ... Bila mana isu hanya timbul bermusim.

Wahai Ummat, bangkitlah dari tidur kalian!

Allahu a'lam


No comments: