Saturday, October 31, 2009

720 am - 1 Nov 2009; jawapan(2)

salam wrbt

menyambung perbincangan kedudukan kita sebagai manusia dan Allah sebagai satu kuasa yg terulung.

kita kadang-kadang terlalu menggunakan logik akal dalam kehidupan. tetapi sebagai seorang umat Islam, logik itu ada batasnya. maka untuk tidak tergelincir dari perbatasan itu, ulama dan ilmuwan Islam menggariskan etika dalam berfikir dan menuntut ilmu. yg ditekankan di sini adalah kedudukan tuhan yg kita tidak boleh persoalkan.

mengapa?

jumaat lalu, group usrah saya ada bermain satu permain.

atheis vs penda'wah/yg beragama

lakonan atheis yg dibawakan oleh group 'lawan' adalah sangat mantap, hinggakan kami di group 'beragama' ini pening kepala. tetapi, secara keseluruhannya, soalan yg dikemukakan begitu 'remeh'! 'kalau tuhan tu ada, kenapa tak nampak'..'kalau tuhan tu ada, kenapa ada orang masih susah'..etc

kadang-kadang, kita sibuk mempersoalkan kerja tuhan. kita sibuk mencari apa yang tidak perlu dicari. saya tidak bercadang menjawab contoh di atas, tetapi hanya untuk mengajak kita masing-masing, lucutkan lah ego seorang manusia, dan pakailah 'pakaian' seorang yang lemah (dengan kata nama lain, hamba). daripada kita sibuk mempersoalkan tuhan tidak memberi kesenangan kpd pengemis ditepi jalan, mungkin kita boleh cuba membantu mereka itu sendiri. why not?

akhir kata, seorang yang mengaku dia menganut Islam tidak boleh berhenti berfikir. teruskanlah berfikir, kerna ia akan memantapkan akidah dan iman kita.tetapi awas! sila 'define' keyword penting (eg:tuhan) dan segala kemusykilan perlu ditanya, jangan terus membuat konklusi melalui 'rasa'.

salam

Sunday, October 25, 2009

629 am - 25 Oct 2009; Jawapan (1)

bismillahhirrahmannirrahim

salam wrbt
merujuk kpd teka teki lepas, ia tidak akan dijawab sekali gus
malah idea memberi teka teki pd post lepas adalah berasal dari insiden berlaku ketika satu majlis di adakan ditempat saya belajar

saya ingin mengajak pembaca bermuhasabah diri

siapa kita?

dan...

apa itu tuhan?


insiden yg berlaku:
satu majlis ilmu diadakan utk mengajak pelajar kembali kpd fitrah Islam yg sebenar
namun, satu isu berbangkit. saya fikir, ia tidak perlu diceritakan begitu detail. secara kasar, ia mempersoalkan pandangan ulama tentang sifat Allah yg Maha Adil dan Qada'-Qadr. secara sedikit mendalam, seorang pelajar berminat utk tahu kedudukan mereka yg kafir. adakah mereka telah ditakdirkan utk kekal kafir..bla3..

menjawab kes ini:
perkara yang dibincangkan agak berat. ditambah dgn kedudukan ilmu saya dan mereka yg berada di dalam majlis utk membincangkannya. namun, mari kita merujuk perkara asas. Adilnya Allah itu adalah diluar imiginasi manusia. mengapa kita menggunakan perkataan 'maha' di atas segala sifat Allah?kenapa tidak saja menggunakan 'paling'?apa yg saya faham mengenai perbezaan dua perkataan ini, maha is something beyond imagination. sifat-sifat Allah itu diluar konteks pemikiran akal.adil Allah itu tidak sama 100% dengan apa yg kita faham.malah, perkataan adil itu sendiri terlalu general. ianya subjektif. dan ia tidak dapat dinilai.manakal, Qada' dan Qadar itu, melalui pembacaan dan rujukan majlis ilmu, ianya sesuatu yg tetap.memang sudah tertulis. TETAPI, ia mampu diubah dengan doa.

but, what if the person is not muslim?how can he 'berdoa'?

maka, disini, konsep dakwah itu perlu!

'aku naik saksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, Dan ak bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pensuruh Allah'

declaration yg kita sentiasa sebut, adalah perjanjian utk menjadi hambaAllah DAN juga menegakkan agama Allah (menyebarkan Islam). maka persoalan mcm mana nk berdoa tu..kita yg patut doakan mereka..DITAMBAH dgn usaha.

akan bersambung...

Saturday, October 24, 2009

1055 pm - 24 Oct 2009; teka teki

salam wrbt.

hari ini, post agak ringkas.
nak mengajukan teka teki. :D
saya namakan teka teki yg mengujakan kepercayaan anda
apapun..sebelum membaca soalan teka teki ini, diharap pembaca jgn cepat melenting
waraskan akal, tingkatkan iman

sejarah teka teki ini saya kurang ingat di mana saya mendapatkannya, tetapi jika tidak silap, mereka yg bukan Islam melontarkan persoalan ini

soalan berbunyi:

Allah itu maha mampu..maha kuat.
mampukah Allah menciptakan, sesuatu yg Dia tidak mampu angkat?

clue:
1) tepuk dada, tanya akidah anda
2) tunggu post seterusnya

p/s: jwpn insyaAllah akan menyusul ;)