Tuesday, March 16, 2010

bertanya

salam wrbt.

hari ini, bertanya itu dipandang negatif. kenapa ya?

sebab saya menulis post ini kerana untuk menunjukkan rasa "tidak senang" saya kpd seorang profesor. alkisahnya, saya mempunyai seorang kawan. korea. mempunyai masalah peribadi barangkali, dan dia kerap tidak datang ke kelas. harini ini dia datang ke kelas. dan dia bertanya kpd profesor itu. dan saya fikir, dia bertanya dengan nada yg cukup sopan.dan dia dibentak, dan dihamburkan dengan kata-kata sinis. oleh profesor itu. saya hairan. ada beberapa sebab saya hairan.

1. soalan itu mungkin bodoh. tetapi pelajar itu ingin keluar dari lingkungan kebodohan yg membelenggu dirinya. he dont want to become stupid, so he ask questions, that sounds stupid.
2. kawan saya itu bayar untuk belajar di sini.
3. profesor itu terlalu beremosi
4. profesor itu tidak berapa fasih berbahasa inggeris.
5. profesor itu ditugaskan utk mengajar

= mungkin ada sebab2 lain, yg saya tidak tulis dlm post ini

cumanya, saya berfikir, mungkin ini sebabnya manusia yg kurang bijak takut untuk bertanya. dan dia akan kekal ditakuknya. dan akan berlaku ketidak adilan dalam satu sistem hidup manusia kini. manusia kurang bijak kekal ditakuknya, dan tidak mendapat hak sepatutnya. benda ini bukan saja berlaku di sini, tetapi turut di malaysia.

saya pun seorang yg takut bertanya. saya akan bertanya benda yg saya tidak faham kpd internet, atau pun kpd org yg betul2 ingin mengajar.

dalam hal ini, saya ingin mengajak kalian utk berfikir kembali. mungkin sebelum2 ini, kita pernah berlaku seperti profesor ini, kpd kwn kita. sebagai contoh, kwn bertanya kat mana letak buku, sedangkan buku itu di depan dia.

cantiknya Islam itu dalam mengajar konsep sabar, adil dan berkasih sayang. sesungguhnya, sesiapa yang mempunyai ciri-ciri tersebut, dia tidak berada di dalam golongan yg rugi

= boleh rujuk surah al-Asr

insyaAllah, mari kita bermuhasabh diri

3 comments:

sufiyyah zulkifli said...

topik ini mengingatkan aku pada social studies. haha.

sebab segala benda hari ni mengambil kira pandangan masyarakat. walaupun nak buat keputusan nak kerja apa! =.=

nak menyelitkan sedikit,
budaya kurang bertanya ni bermula dari rumah lagi kerana ibu bapa sering memarahi anak(2)nya jika terlalu banyak bertanya. kita sendiri sebagai kakak/abang pun sama. adik tanya sikit, marah. haha. ini akan menyekat perkembangan minda mereka~

di sekolah pulak cikgu yang memainkan peranan. kita pernah menghadapi situasi dimana kita tnya soalan, cikgu xboleh jawab. kemudian mereka akan berkata, "awak tak perlu tahu."

geez.

orang takut nak tanya sebab takut soalan bodoh, then kena gelak.
tapi sebenarnya tak ada soalan yang bodoh. orang yg gelak itu mungkin sebenarny x tau pun. org yg tau, perlulah muhasabah diri. mcm mana aku tau, kwn aku x tau? haha. x share. :P

erk. mcm entri aku dah pulak.

mohon maaf.

*berundur*

pendamba_cinta said...

thanx cikgu :D

Firuzwaliffah said...

syukur kt ukm ni semua lecturer memberikn jawapan yg terbaik apabila student bertanya..siap masa menjawab dgn senyuman lagi, itu yg buat sy suka bertanya, ty kt pkcik sorang tu pn sy suka, selalu je bole ty dia, hehe ;)