Wednesday, April 29, 2009

6.27 pm; 29 April 2009 - cacat

salam wbt...

minggu ini kehidupan super padat. tapi, alhamdulillah, Allah sentiasa memudahkan urusanku.
keadaan iman, agak berbolak balik...astaghfirullah-hal-azim..semoga diri ini berjaya memperbaiki diri...


usai kelas pada petang yg redup di tempatku belajar, ku belajar seiringan dgn rakan-rakan, menunggu bas. ditakdirkan, ada sekumpulan pelajar turut menunggu bas yg sama. mereka diiringi oleh beberapa guru pengiring. di tika itu, hati sedikit tersentuh melihat mereka berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. ku sedikit gamam, lantas terasa betapa bertuahnya diri ini, dilahirkan sebegini. seinfiniti syukur ku panjatkan (hanya bergema di dalam hati). ku tenung tingkah laku mereka. ya Allah, betapa ku selalu melupaiMu..betapa ku selalu menggunakan nikmat-nikmatMu. ....

otakku terus berligat. ku pandang sekeliling. hurm, sesungguhnya, ku dpt melihat 'kekurangan' kumpulan pelajar itu. tp sedarkah kalian (termasuk diri yg berckp), kekurangan itu lebih baik, dari 'kecacatan' hati yg kian menular dikalangan masyarakat. yg tidak dpt dilihat secara fizikal, namun lebih TERUK dari kekurangan fizikal. masalah masyarakat moden boleh dikatakan timbul akibat 'kecacatan' hati. ia hanya mampu dirawat dgn kesedaran, bahawasanya kehidupan itu sementara. kehidupan itu utk bekalan kpd destinasi yg pasti. memetik sepotong kata-kata (mungkin hadis sahih) daripada Rasulullah S.A.W (insyaAllah..), yg membawa maksud ..

'dunia ini umpama singgahan sementara seorang pengembara yg berteduh sebentar di bawah sepohon kayu, sebelum meneruskan perjalanan kembali'

dan juga memetik tafsir ayat terakhir surah an-Naziat (ayat 46)

'pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya yg hebat) mereka seakan-akan hanya (sebentar) tinggal (di dunia) pada waktu sore atau pagi hari'

semoga sama-sama kita berfikir sejenak, bermuhasabah diri. semoga dijauhkan dari segala penyakit hati, insyaAllah..

p/s: akhir2 isu psl kawen selalu diputarkan. wonder, kalau org tu nak kawen kerana Allah, why not kawen dgn mereka yg mempunyai kekurangan fizikal, kn2?

2 comments:

sufiyyah zulkifli said...

teringat lirik
forgive me when i whine - zain bikha.

cacat itu seni.
seni itu cacat.
'cacat' itu salah satu tanda kekuasaanNYA juga.

pendamba_cinta said...

hurm..menarik..!
sgt la benar disitu..kecacatan membezakan seorg hamba dgn yg Maha Pencipta..