Monday, April 20, 2009

4.20 pm, 20 April 2009; Ihsan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

insyaAllah, hari ini sy ingin berkongsi pemikiran hasil cetusan dari pengamatan dari kaca mata seorang hamba yang lemah..
Ia berkaitan dgn sifat ihsan. sifat ini dapat diambil dari hadis ke-dua dari buku hadis-40 karangan imam nawawi...



عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).



baik, kita tinggalkan sejenak hadis ini..
ingin sekali diri ini menjadi seorang muslim yg sebenar berdasarkan garis panduan yg ditunjukkan oleh Rasulullah. namun perasaan hairan senantiasa menerjah, mengapa seringkali diri ini selalu melakukan dosa-dosa. dan menyedihkan, ia berulang-ulang kembali. perlu diingat, bahawasanya salah satu sifat manusia itu, ia cepat jemu. dan perkara itu selalu menyelubungi diri ini. ya, mmg akan berasa kekesalan, tp sampai bila?

kita tinggalkan persoalan itu dan beralih kpd topik seterusnya.
sy seorg perantau. dan menjadi kebiasaan kpd para perantau untuk memperkenalkan negara masing-masing. majlis-majlis akan diadakan yg objektifnya utk memperkenalkan budaya-budaya mahupun menerangkan perkara sebenar akan negara mereka (kire promote la). namun diri ini sedikit kecewa. majlis-majlis ini tidak menurut apa yg digariskan oleh Islam. diri ini bukan anti-social, tp diri ini mengaku, yg sgt la tidak menggemari majlis2 sebegini. apakah mereka tidak sedar yang niat tidak menghalalkan cara?

point yg terakhir, ingin mengisahkan akan seorang kawan. kai tidak rapat, tp kalau bertemu sekurangnya senyum akan terukir dan pernah beberapa kali bersembang galak dan bergurau senda. kawan ini seorang yg baik (dari pengamatan diri ini). sembahyang jemaah, kerap. nampak kat masjid, kerap. akhlak, baik. namun setelah masing-masing membawa diri, adalah suatu mengejutkan apabila melihat penampilan terkini kawan itu. daripada sebuah laman social, gambar utamanya diletakkan seorang wanita yg ada kekurangan dari segi pakaiannya. subhanallah! turut disertakan pada profilenya, video klip yg kurang menyihatkan iman. astaghfirullah! diri ini begitu kecewa. perkara ini turut disahkan oleh mereka yg duduk berdektana dgn kawan ini. adakah manusia kini begitu bangga memgayakan maksiat mereka dikhalayak ramai?


maka, timbul persoalan mengenai ihsan dlm benak qalbu diri ini. ihsan (merujuk kpd hadis diawal bicara) merupakan keadaan di mana seorang yg beriman itu seolah-olah melihat Allah atau sekurang-kurangnya dihadirkan di dalam hati mereka perasaan yg mereka diperhatikan oleh Allah. perkara ini seawalnya ditimbulkan oleh naqib usrah sy. kami ketika itu membincangkan mengenai buku 'Apa ertinya Saya menganut Islam' karangan Fathi Yakan. Ia amat memberikan kesan kpd diri ini yg selalu alpa. ia turut menyedarkan diri ini akan antara masalah utama umat Islam itu adalah berpunca dari kecacatan salah satu sifat yg sgt penting; iaitu ihsan. bagaimana jika seorang itu, yg mempunyai keyakinan yang tinggi akan kebesaran Allah, yg memiliki dunia ini, yg memiliki hari kemudian, yg begitu adil, yg benar akan janji-janji-Nya. sama-sama kita bayangkan bahawasanya tiap ketika yg dilalui, dapat 'dilihat' akan kewujudan Allah. tidakkah akan timbul sifat kehambaan dlm diri?

sama-sama kita renungkan. semoga post ini membawa manfaat, insyaAllah. akhir kalam, jaga diri, jaga iman! assalamualaikum warahmatullah-hi wabarakatuh!

6 comments:

+aNa baNana+ said...

nice.. keep up the way you write..

pendamba_cinta said...

:D

baby doctor said...

baru haritu tgk drama ihsan kat utube
explanation pak imam: 'taat kpd Allah dan berbuat bakti kedua ibu bapa, itu yg dinamakan ihsan..'
and now a better definition just give a better understanding. time kasih atas perkongsian :)

pendamba_cinta said...

ihsan = berbakti kpd ibu bapa?
1st time dengar..
trimas atas pndangan;)

baby doctor said...

allahua'lam. tak pasti jugak. mungkin ada kesilapan, boleh jadi jugak ada kebenaran. kena cek dgn yg lebih arif nih. moga sama2 terus ditetapkan dlm jln yg lurus.. amin!

pendamba_cinta said...

insyaAllah, amin