salam wrbt
menyambung perbincangan kedudukan kita sebagai manusia dan Allah sebagai satu kuasa yg terulung.
kita kadang-kadang terlalu menggunakan logik akal dalam kehidupan. tetapi sebagai seorang umat Islam, logik itu ada batasnya. maka untuk tidak tergelincir dari perbatasan itu, ulama dan ilmuwan Islam menggariskan etika dalam berfikir dan menuntut ilmu. yg ditekankan di sini adalah kedudukan tuhan yg kita tidak boleh persoalkan.
mengapa?
jumaat lalu, group usrah saya ada bermain satu permain.
atheis vs penda'wah/yg beragama
lakonan atheis yg dibawakan oleh group 'lawan' adalah sangat mantap, hinggakan kami di group 'beragama' ini pening kepala. tetapi, secara keseluruhannya, soalan yg dikemukakan begitu 'remeh'! 'kalau tuhan tu ada, kenapa tak nampak'..'kalau tuhan tu ada, kenapa ada orang masih susah'..etc
kadang-kadang, kita sibuk mempersoalkan kerja tuhan. kita sibuk mencari apa yang tidak perlu dicari. saya tidak bercadang menjawab contoh di atas, tetapi hanya untuk mengajak kita masing-masing, lucutkan lah ego seorang manusia, dan pakailah 'pakaian' seorang yang lemah (dengan kata nama lain, hamba). daripada kita sibuk mempersoalkan tuhan tidak memberi kesenangan kpd pengemis ditepi jalan, mungkin kita boleh cuba membantu mereka itu sendiri. why not?
akhir kata, seorang yang mengaku dia menganut Islam tidak boleh berhenti berfikir. teruskanlah berfikir, kerna ia akan memantapkan akidah dan iman kita.tetapi awas! sila 'define' keyword penting (eg:tuhan) dan segala kemusykilan perlu ditanya, jangan terus membuat konklusi melalui 'rasa'.
salam
No comments:
Post a Comment