salam wbt..
terlalu padat hidup skrg..
presentation, test itu ini..
maka gagal utk mengumpul ayat2 yg baik utk dikongsi
post kali ini hanya 'copy paste' dri blog seorg shbt, yg turut meng'copy paste'
semoga dpt sama-sama kita tenung isinya..insyaAllah
Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?
"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.
Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.
Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa.. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.
Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
p/s: anda sanggup menjadi isteri ke-4 saya? (sekadar idea nakal semata-mata)
7 comments:
bismillahirrahmanirrahim..
"brngsiapa dberi ALLAH seorg isteri yg solehah,ssngguhnye tlh dtolong sparuh agamanya..dn hndklh b'tqwa kpd ALLAH separuh lainnya"(HR. BAIHAQI)
sekdr persoalan: Kenapa perlu bermain-main dengan perasaan bakal isteri? Kenapa tidak perlu berterus terang saja?
allahua'lam..
hurm..
good question..
bagiku, setiap lelaki ad cara utk dia memilih calon isterinya..
maka terpulanglah kpd mereka nk cari psangannya cmne
but anywy, ape yg sy phm dri crite ni..wanita itu terlalu 'mengasihi' sahabat karibnya, di mana sahabat karibnya itu tidak tahupun yg wanita tu terlalu 'obses' kpdnya..
dan persoalan yg menarik dpt ditimbulkan disini, adakah sikap wanita itu yg 'anti poligami' adalah suatu yg menjadi nadi kehidupan kaum hawa zaman ini?apakah yg cacatnya pada konsep poligami itu?
well, ini hanya cerita..:)
menjawab soalan anda..sy xfikir ia bermain-main. wanita itu terlalu cepat menyatakan tidak, sedangkan perlu diberi ruang penjelasan yg adil.dan sy sbgai kaum adam, berpendapat ini cara lelaki itu memilih psangan hidup yg sesuai dgn kehidupannya. n it just a tricky Q to reveal the true 'niat' of perempuan tu nk kawen..
tak ad masalah kan kalau nak berpoligami jika cinta itu benar-benar dijalanNya?:)
bismillahirrahmanirrahim..
hmm..
true enough..
i can't deny that poligamy is allowed in islam..
but mayb kaum hawa pd zmn ini sdh biase didedahkan to those 'unhappy' lives and bad behaviour of suami-yg-beristeri-lbh-drpd-1?
one more thing..woman 'is' sensitive..mudh mlnting..plus kalau tgh PMS mode..maka adakah wajar mengadili prmpuan wth this one incident?
but as u said..every man has his own right on how to choose his wife..lgi2 org yg kuat dakwah n kental imannye spt syazni..
yeah..true..no prob kalau poligami mngikut cara Islam..semua kmbli kpd dri sndri samaada utk ikut atau x..
neway,nice answer of u though..
bismillah-hir-rahman-nir-rahim
sgt benar kata-kata anda
kerisauan wanita zaman kini sgt berasas. sy sendiri tidak bersetuju konsep poligami yg di'fahami' dan di'anuti' oleh kebanyakan kaum adam. sy lebih gemar melihat poligami itu sebagai satu konsep menjaga wanita. sebagai cth, ramai kaum hawa yg menjadi ibu tunggal, yg tidak mampu utk berdiri sendiri, yang mempunyai kekurangan dari segi pancaindera..etc. adalah suatu yg sgt baik jika wanita itu dpt dibantu. memandangkan jika mereka yg berkeupayaan itu mampu membantu, adalah lebih baik dinikahi sahaja utk mengelakkan fitnah. si isteri pertama boleh la tolong sekali ke. tak gitu?
p/s: ckp lagi senang dri buat, wallahualam :)
bismillahirrahmanirrahim..
" Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain: dua, tiga atau empat.kemudian jika kamu bimbang TIDAK AKAN BERLAKU ADIL DIANTARA ISTERI-ISTERI KAMU MAKA BERKAHWINLAH DENGAN SEORANG SAHAJA atau pakailah hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.yang demikian itu lebih dekat untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezaliman..." (an-nisa':3)
dan utk kaum hawa pula..Allah S.W.T sediakan untuk para isteri yang bersedia untuk berkorban membenarkan para suaminya berpoligami dgn sebuah payung emas diakhirat nanti...bukankah ini suatu nikmat yang amat besar untuk para isteri??(rezki jangan ditolak,musuh jangan dicari)
haih..pelik sngguh rse m'bncngkn bab poligami..hohoo
but once again:indeed..ckp lg sng dri buat..
allahua'lam..
nak kongsi cerita2 dan artikel yang berkaitan. :D have a nice reading!
http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-sebut-fasal-baitul-muslim/
http://muharikah.wordpress.com/2007/12/12/cerpen-akan-adakah-lagi-akh-marwan/
trimas!
Post a Comment