Monday, February 17, 2014

#pantas

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

*sila baca post ini sambil mendengar lagu seberapa pantas sheila on 7. ok, jangan buat.

pantas update. quick update.
1) Nasihat bro tabligh. Masjid kini sudah seperti temple. Orang datang hanya untuk datang. Kemudian berlalu pergi. Tiada aktiviti meningkatkan iman. Jauh berbeza fungsinya jika dibandingkan di zaman Rasulullah. >> sebelum tidur, memikirkan bagus juga pakat denga ustaz muda, kita tubuh kelab remaja surau. InsyaAllah nanti bila menetap tetap ketika kerja. Doakan!

2) Fikir juga apa perlu dibuat nanti bila ada senggang masa balik grad. Ok la, mungkin nak jadi cikgu 'free' dekat sekolah rendah dolu dolu. Nak berbakti niatnya. Nak mengasah skill kemasyarakatan. Itulah lapangan sebenar. >> nanti bole contact dengan cikgu sabidah. Juga nak suggest adik yang tengah membela perut di rumah selepas SPM untuk mencuba. yosh!

3) Hypothesis. Untuk mudah bangun pagi, lazimkan solat sunat sebelum tidur. Teringat satu fakta yang Imam Bukhari ketika menulis Sahih Bukhari, dia akan solat sunat 2 rakaat sebelum menulis setiap satu hadis. Katanya kerana hadis itu akan menjadi hujahnya di hadapan Allah kelak. Nak buat untuk setiap satu soalan otazky memang berat nanang. Tapi kita kena start somewhere. Kena cuba!

4) Menyedari yang suka tak suka, duit itu sangat diperlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti. Mungkin kena akur akan konsep invest. Kena berguru dengan abang akan bab itu. Takda duit, kerja tak jalan. Kerja tak jalan, masyarakat tak dapat dirawat.

Allahu a'lam

Wednesday, February 12, 2014

#superhero

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Preparing myself to be..a super hero?




Saturday, February 8, 2014

#truth

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ada perkara yang kita rasa. Ada perkara juga perkara yang kita 'hidu'. Ada perkara yang kita dapat agak kita tahu (faham).
Namun, ada baiknya untuk kita tidak bertindak. Mahupun tidak memberi respon sewajarnya.
Biarkan ia senyap, dan berlalu pergi. Semoga Allah memaafkan segala khilaf yang sengaja mahupun tidak disengajakan.

Ok, saya merasa agak low self esteem. Gambar-gambar di mukabuku sudah melangkaui gear 'kahwin' dan 1st child. Kini dah masuk 2nd child. *gelakgulingguling*. Haila, dunia ini sungguh ajaib. Makin dikejar, makin jauh untuk sampai ke destinasi. Mungkin kerana sifat manusia yang suka membanding. Mungkin. Makanya, manusia tidak akan mengenal erti puas.

Ada banyak berita agak baik lately. Mulanya ingin dikongsi, baik di muka buku mahupun di sini. Namun kemalasan diri yang agak tinggi, lalu dibiarkan rasa hati itu hanya terpatri (poyo gile ayat pusing2 mcm ni) di taman hati.

*urut-urut janggut ala-ala apek cina yang sangat wise*

Allahu a'lam