salam a'laikum
akhir-akhir ini dunia gempar akan gerakan-gerakan anti Nabi Muhammad.
ia dimulakan dgn lukisan karikatur.
kemudian another karikatur. dan another karikatur.
kes masuk keluar mahkamah.
kesemua ini mendapat response dari umat Islam, yg mana mengutuk dgn keras kebiadapan ini.
dan perkara menyedihkan ini terus berlaku dgn watak dalam siri kartun pula.
dan baru-baru ini, mereka ingin melakukan 'Hari Melukis Nabi Muhammad'
saya tergamam. saya keliru.
mengapakah mereka begitu obses utk mencalari hati-hati umat Islam?
apakah salah kekasih Allah ini, sehingga para obsesi pelukis menginginkan wajahnya?
ketahuilah mereka yg begitu obses itu...
saya secara peribadi melihat tindakan saudara seperti kanak-kanak.
berat hati saya ingin respon kpd permasalahan ini, kerana saya tidak mahu bermain dgn isu sebodoh ini..
namun atas kecintaan sy kpd kebenaran (yg dianjurkan Islam), dan kasih saya kpd Allah (dan juga kpd kekasihNya, Muhammad bin Abdullah), maka saya turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anda semua yg lancang mencabar batas yg dijaga oleh umat Islam.
wahai pelukis-pelukis fanatik (serta penyokong mereka),
adalah kiranya saya menyeru anda semua, tidak terlalu memenatkan akal masing-masing membayangkan figura mulia ini. cukuplah bagi kamu untuk merujuk al-Quran dan sunnah bagi mempelajari bagaimana utk 'melukis' watak ini.
Allah hu a'lam
p/s: wahai umat Islam sekalian, mengutuk sahaja belum cukup. tindakan perlu ada. kita kurangkan demand ke atas ekonomi mereka. biar mereka tahu. kita bukan mengomong kosong!