alhamdulillah.
harini, ringan sikit tangan nak menaip dlm blog ni :)
dan alhamdulillah,
musim baru telah tiba..
musim bunga! :D
musim yg dinantikan selepas duduk dibawah paras beku utk beberapa bulan.
ALHAMDULILLAH
tika musim ini, bersesuaian dgn gelarannya, pokok mula berputik mengeluarkan bunga dan daun2 muda..
masyaAllah..lawa, sgt lawa..
dan tika inilah, manusia akan meraikannya.
boleh dilihat perubahan ketara density manusia di taman-taman.
adik kecil berlari-lari di taman.
ibu-ibu menyorong kereta roda (ada baby!)
atuk nenek bercanda menikmati cahaya.
Alhamdulillah
bercakap mengenai bayi, kewujudan mereka sgt2 ketara. setiap kali berada di luar rumah, insyaAllah, dalam radius pengelihatan sy mesti ada seorang bayi. dan menjadi hobi sy (seorang yg pelik), meng'observe' bayi2 itu. kelihatan mereka sgt 'fresh'. segar.
pancaran perasan ingin tahu sgt jelas. mata bulat. tak betah duduk diam. toleh itu ini. sana sini.
cuba menyebut itu ini..(eg: uuu..aaa..eee..*menangis*) ha ha
alhamdulillah
sy diberi nikmat utk merasai keceriaan ini.
menikmati rezeki Allah yg satu ini.
alhamdulillah
berkenaan dgn bayi juga, sy telah menerima tazkirah menerusi satu filem orang putih.
bertajuk children of men
dikisahkan, manusia tika zmn tersebut menghadapi satu situasi serius.
mereka gagal melahirkan zuriat.
dan ditakdirkan seorang wanita kulit hitam mengandung.
dan melahirkan bayi.
bayi pertama selepas 18 tahun 'kekontangan' bayi berlaku.
yg menarik apabila melihat manusia begitu tidak aman.
tidak senang. takut. resah. malah gila.
kerana tiada bayi.
nauzubillah
refleksi kita pd zaman ini.
sy ambil contoh mudah
Malaysia.
'yg aman'
hari-hari di dada akhbar....
ada kes rogol (buat bayi secara haram)
ada kes buang bayi
ada kes dera bayi
ada kes seludup bayi
etc (mcm2 lagi lah..gerun utk menaip)
sama-sama kita renungkan
bayi itu satu ciptaan yg cukup indah (lebih2 lg siapa yg belajar perubatan atau seorang ibu)
kelahiran itu merupakan satu anugerah
Islam menegaskan banyak ayat mengenai penciptaan manusia di dalam alQuran
Islam menganjurkan bahawa bayi (anak) itu adalah asset berharga
maka kita sebagai manusia (Dan mungkin penganutnya)
tidakkah kita dpt melihat apa yg berlaku disekeliling?
hurm, mari kita berfikir...
bermuhasabah
insyaAllah, itu sahaja setakat ini.
illalliqa' :)
p/s: di sini, musim bunga turut dibayangi dgn musim peperiksaan. 'bijak' sungguh mereka mengatur jadual pelajar. ciss! :)