Monday, February 5, 2024

Romantism

 Ntah hari ke berapa saudara seagama di Palestin sana di hentam.

Dan aku di sini kadang kadang ingat, kadang lupa.

Bila ingat, hati sayu. Tapi masih mampu jalani kehidupan seperti biasa.

Tapi sedih melihat umat islam lali. Termasuk yang menulis ini. Kita sibuk benda yang remeh. Kecil dibandingkan dengan apa yang di alami saudara di Palestin sana. 

Kita mudah untuk berpuas hati. Cukup lah duit di bank aku. Cukup lah ak dah jaga anak. Kita tak berjiwa besar seperti Salehuddin Al Ayubi. Seperti Sultan Muhammad Al Fateh.


Sesumgguhnya aku letih melihat umat yang lelah. Marilah berjiwa besar. Buang segala romantism yang aku ini dulu hebat. Bina tapak tapak untuk bebaskan saudara kita yang ditindas di mana jua

Sunday, March 27, 2022

Priority

Hidup kena ada priority.
Hatta harimau pun tahu, kalau anak tak dia tak makan lagi, kena bagi makan lah.
Bukan sibuk tiap minggu kemas rak buku (then sepah balik sebab anak bg sepah), n cycle goes on. Or sibuk baca Quran lama lama, sedangkan ada bnd lg penting dan wajib (sebab anak tak pandai fikir waras lagi). 

Pelik betul manusia ni. 

Wednesday, March 23, 2022

pesakit (jedna)

Baru balik kursus OGLS di HSB. Beberapa hari lagi, Ramadhan menjengah. 

Disapa seorang pemotong rumput di RnR.
Katanya pernah berurusan dengannya. Haha. Aduh segan dan rasa kerdil lagi bersalah. Tak ingat langsung. Dia mendoakan dan mengucapkan yang baik baik sahaja pada diri yg hina ini. 

Sesungguhnya kita tidak tahu amalan kita yg mana menjadi asbab orang memandang baik ke atas kita. Samalah jua amalan yg manakah akan menjadi tiket kita ke syurga sana.

Teringat syair seorang alim. Baitnya lebih kurang, kalau seseorang itu aib kita, nescaya ditaburkan tanah yg kotor ke atas tubuh kita (kerana hina).